Undang-undang Dan Peraturan Pelajar

  1. Datang awal dan hadir di dalam kelas pada waktu yang ditetapkan.
  2. Berpakaian jubah kosong , tudung labuh dan purdah berwarna hitam (perempuan) Jubah kosong dan songkok putih ( lelaki )
  3. Diwajibkan berstokin hitam dan berkasut hitam.
  4. Tidak dibenarkan memakai atau membawa jam tangan berjenama, barang kemas perhiasan dan sebagainya.
  5. Tidak dibenarkan memakai inai.
  6. Memastikan kuku sentiasa pendek dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih.
  7. Tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi.
  8. Pelajar dilarang meminjam, memberi pinjam, memberi dan menerima hadiah daripada kawan.
  9. Memastikan tempat pengajian (kelas) sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
  10. Duduk di tempat yang ditetapkan oleh guru yang mengajar.
  11. Memberi tumpuan sepanjang kelas dijalankan.
  12. Tidak melihat-lihat kekiri atau kekanan ketika berada di dalam kelas.
  13. Sentiasa menjaga adab dengan guru yang mengajar sama ada di dalam atau di luar kelas.
  14. Membiasakan diri memberi salam kepada sesiapa yang dijumpai terutama guru dan kawan-kawan.
  15. Memastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang kelas berjalan.
  16. Pastikan kelas dalam keadaan bersih dan kemas sebelum pulang.
  17. Pastikan tidak membazir dalam penggunaan api dan air.
  18. Pastikan api dan air ditutup sebelum pulang.
  19. Tidak merosakkan barang yang ada. Sekiranya berlaku kerosakan, sila laporkan kepada pihak pengurusan.
  20. Sentiasa menjaga harta benda pusat pengajian. Sekiranya berlaku kerosakan atas kecuaian, akan diminta ganti rugi dari pelaku.
  21. Tidak membuat bising sepanjang berada di dalam bangunan Pusat Pengajian.
  22. Sentiasa menjaga dan merendahkan pandangan ketika berjalan.
  23. Sentiasa menjaga dan memperbaiki tutur kata sesama pelajar dan guru.
  24. Tidak dibenarkan bercakap tentang hal-hal yang bukan berkaitan dengan pengajian.
  25. Sekiranya pelajar tidak hadir tanpa diberitahu atau maklumkan tanpa sebab yang kukuh, tindakan akan diambil.
  26. Dua (2) alasan cuti yang kukuh:-
    1. Kematian saudara terdekat
    2. Sakit yang kuat
  27. Segala peraturan di atas adalah untuk kebaikan kita bersama.Keperihatinan dan kefahaman ibu bapa mengenai tatatertib di atas kami ucapkan ribuan Terima kasih.

Logo

Alamat

Al Qolam Quranic Centre
23-1, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q, Taman Alam Budiman, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, Selangor DE

Nama Akaun :
Akademi Quran Albazi
No. Akaun : 562843513045 (Maybank)

 

 

Hubungi Kami

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Phone: +6010-307 2983

Today3
Yesterday52
This month583

Jumlah Pengunjung

  • 0.png0.png4.png9.png6.png7.png8.png