Mengenai Kami

Latar Belakang

AL-Qolam adalah nama yang diambil dari surah AL Qolam, surah yang ke 2 dari juzuk ke 29. Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama IQRA semasa tiada lagi penulisan. Maka Baginda SAW mula mengenal dan menerima Al-Quran dengan cara membaca ketika itu. Dan kita hari ini mula mengenal Al-Quran bermula dengan penulisan. Oleh kerana adanya penulisan AI-Quran maka kita dapat mengenal dan membacanya dengan baik, maka kami memilih AL-QOLAM sebagai nama  pengenalan.

Tercetusnya AL-Qolam adalah hasil dari muzakarah beberapa ahli kariah Taman Alam Budiman (TAB), maka timbul kerisauan terhadap AlQuran, bagaimana setiap individu kariah TAB dan sekitarnya, dari kalangan lelaki mahupun wanita, segenap lapisan umur 100% celik Al-Quran. lni adalah kerana Al-Quran merupakan hidayah petunjuk untuk ummat. Bagi mencapai maksud 100% orang lslam celik Al-Quran, maka AL-QOLAM berperanan sebagai QURANIC CENTER.

AL-Qolam adalah milik bersama seluruh penduduk TAB dan sekitarnya dan setiap program diusahakan bersama dengan Surau Raudhothul Firdaus (SRF) bagi menunaikan fardu kifayah yang agak lama terhenti disebabkan fitnah, musibah serta ujian COVID-19. Untuk merasakan kebersamaan ini, setiap ahli kariah dijemput untuk menyumbang dari pelbagai sudut dan bentuk setidaknya dengan mendoakan kejayaan usaha ini dan berkekalan sahamnya sehingga akhir waktu dunia ini.

Hakikatnya semua kita akan mati bertemu Allah SWT, persoalannya, apakah persiapan bekalan kita untuk bertemu Pencipta. Setidaknya kita ada saham yang, insyallah, berkekalan di AL-QOLAM dan yang lebih utama kita juga menjadi orang yang pandai membaca Al-Quran. Umur bukan alasan dan penghalang untuk kita boleh membaca Al-Quran dengan baik. Hanya perlukan kemahuan pasti di situ ada jalan, lnsha Allah.

Logo

Alamat

Al Qolam Quranic Centre
23-1, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q, Taman Alam Budiman, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, Selangor DE

Nama Akaun :
Akademi Quran Albazi
No. Akaun : 562843513045 (Maybank)

 

 

Hubungi Kami

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Phone: +6010-307 2983

Today40
Yesterday57
This month958

Jumlah Pengunjung

  • 0.png0.png3.png9.png4.png4.png0.png